Dalam dunia bisnes, kita biasa dengar cabaran seperti sales merudum, pelanggan berkurang atau staf kerap berhenti kerja. Tapi ada juga situasi pelik yang tidak boleh dijelaskan dengan logik akal semata-mata seperti kedai macam tak nampak, pelanggan bagi tau kedai tutup walaupun kedai buka dari pagi sampai malam, pelanggan masuk sekejap terus keluar, staf sering bergaduh tanpa sebab atau suasana kedai jadi suram dan menyesakkan dada. Di sinilah pentingnya kita kena faham mengenai Rawatan Pagar Kedai atau Rawatan Premis, khususnya untuk perniagaan yang dipercayai mengalami gangguan jin, sihir atau makhluk halus.
Ia adalah satu bentuk Rawatan Perlindungan Ruqyah Syar’iyyah yang dilakukan ke atas kedai atau premis perniagaan. Ia ibarat “Shield Spiritual” – satu lapisan perlindungan berasaskan doa, ayat Al-Quran dan amalan syar’ie bagi menghalang unsur-unsur ghaib yang cuba mengganggu perjalanan bisnes.
Proses Rawatan Pagar Kedai biasanya melibatkan:-
Kenapa Premis Perniagaan Boleh Terkena Gangguan?
Ada beberapa sebab:-
Dengki pesaing – dalam dunia bisnes, ada yang tak sanggup tengok orang lain maju. Maka digunakan sihir atau gangguan ghaib.
Tempat lama / keras – premis yang sebelum ini pernah kosong lama atau pernah digunakan untuk aktiviti tak baik boleh jadi “berpenghuni”.
Energi negatif staf / pelanggan – pergaduhan, hasad, dengki atau sumpahan boleh tinggalkan kesan pada premis.
Kurang amalan kerohanian – kedai jadi tempat keluar masuk makhluk halus bila tiada doa, zikir atau ayat Quran yang diperdengarkan di dalamnya.
Ini antara tanda-tanda yang biasa berlaku:-
Kedai nampak normal, tapi pelanggan lalu macam tak nampak kedai.
Sales jatuh teruk tanpa sebab yang jelas.
Staf sering bergaduh, susah fokus kerja atau cepat nak berhenti.
Premis rasa seram, suram, berbau pelik atau ada bisikan suara.
Barang di kedai selalu pecah, rosak atau hilang.
Ada pelanggan kata ternampak kelibat atau bayangan dan rasa tak selesa bila masuk kedai.
Rawatan Pagar Kedai bukan sekadar “ubat sementara” bila sales jatuh, tapi ia satu usaha berterusan untuk:-
Melindungi bisnes daripada gangguan ghaib – supaya perniagaan berjalan dengan tenang.
Menguatkan spiritual premis – kedai jadi tempat yang berkat, pelanggan rasa aman bila masuk.
Membina kestabilan staf – suasana kerja jadi harmoni, kurang pergaduhan.
Membuka pintu rezeki – bila penghalang ghaib dibuang, In Shaa Allah pelanggan kembali datang.
Meningkatkan keyakinan – pemilik kedai tidak lagi dihantui ketakutan atau rasa pelik terhadap bisnesnya.
Selain buat Rawatan Pagar Kedai secara profesional, pemilik kedai juga boleh amalkan:-
Baca Surah Al-Baqarah di premis sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sentiasa pasang ayat suci Al-Quran di dalam kedai.
Amalkan zikir-zikir atau ayat-ayat murah rezeki.
Mendirikan Solat Dhuha.
Sentiasa sedekah (contoh air mineral atau snacks) di kedai untuk tambah barakah.
Jaga solat tepat waktu – kerana rezeki datang dengan keberkatan ibadah.
Sebelum Rawatan Pagar Kedai
“Saya ada buka kedai pakaian hampir 2 tahun. Mula-mula bisnes memang okay, pelanggan masuk keluar tak putus-putus. Tapi selepas beberapa bulan, saya mula perasan banyak perkara pelik yang berlaku. Kedai saya selalu nampak macam ‘ditutup’, orang lalu depan kedai tapi tak masuk. Kalau ada yang masuk pun, tengok sekejap terus keluar tanpa membeli.
Paling pelik, staf saya asyik bergaduh pasal benda kecil sampai ada yang berhenti kerja. Suasana kedai jadi suram, rasa seram kalau duduk sorang-sorang. Saya pun jadi stress sebab sales jatuh mendadak. Pernah juga cuba tukar konsep display, buat promosi besar-besaran, tapi hasil tetap sama. Seolah-olah kedai ni ‘disekat’ dari orang nampak.”
Selepas Buat Rawatan Pagar Kedai
“Alhamdulillah, selepas saya buat Rawatan Pagar Kedai, dengan izin Allah, memang nampak perubahan yang sangat ketara. Hari pertama lepas buat rawatan pun, saya dah mula nampak perbezaan. Pelanggan yang lalu depan kedai terus masuk. Ada yang siap cakap, ‘Ehh.. baru perasan kedai ni, cantik baju-baju di sini.’
Suasana kedai pun jadi lebih tenang, staf pun lebih harmoni. Tak ada lagi pergaduhan kecil macam dulu. Pelanggan yang masuk rasa selesa, ada yang duduk lama dan borong sampai 3-4 helai sekali. Sales makin meningkat dan yang penting hati saya lebih lapang, tak rasa berat atau takut bila duduk dalam kedai.
Saya bersyukur sangat kerana Allah izinkan jumpa jalan Rawatan Islam ni. Kalau tahu dari awal, memang saya tak tunggu lama. Rawatan Pagar Kedai ni betul-betul jadi benteng rohani untuk bisnes saya.”
Rawatan Pagar Kedai bukanlah perkara mistik atau khurafat, tapi ia satu bentuk usaha rohani untuk menjaga premis perniagaan daripada gangguan yang tak nampak oleh mata kasar. Bisnes bukan hanya tentang strategi marketing, branding atau harga, tapi juga soal keberkatan dan perlindungan Allah SWT.
Kalau kedai Tuan/Puan atau sesiapa sahaja mengalami simptom pelik seperti di atas, mungkin sudah sampai masa untuk buat Rawatan Pagar Kedai. In Shaa Allah dengan izin Allah, bisnes akan kembali pulih, pelanggan kembali datang dan staf boleh bekerja dalam suasana tenang dan harmoni.
Untuk makluman, pihak kami menyediakan perkhidmatan Rawatan Pagar Kedai ke seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya dengan temujanji sahaja, serta terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Perawat Islam kami merupakan Pengamal Pengubatan Islam berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.
Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Anda tak perlu risau dan khuatir!
Jangan berlengah lagi! Tempah slot rawatan anda hari ini dengan menekan butang TEMUJANJI di bawah.
Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Kedai Atau Rawatan Premis Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.
+6011-12762166
(Ustaz Amin)
Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Kedai Atau Rawatan Premis Pada Masa Akan Datang.
© 2025 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara