Dalam dunia perniagaan, suasana pejabat yang harmoni dan tenang sangat penting untuk produktiviti serta kesejahteraan staf. Tapi kadang-kadang, tanpa sebab yang jelas, berlaku gangguan pelik seperti staf jadi cepat marah, suasana pejabat rasa “suram dan muram”, peralatan pejabat sering rosak, pelanggan jarang datang, malah ada pekerja yang tiba-tiba jatuh sakit atau hilang semangat bekerja. Dalam Rawatan Islam, keadaan seperti ini boleh dikaitkan dengan gangguan makhluk halus, jin atau sihir perniagaan.
Rawatan Pagar Pejabat ialah satu kaedah Rawatan Islam yang bertujuan untuk membentengi kawasan pejabat daripada gangguan makhluk halus dan sihir. Ia bukan sekadar “pagar ghaib”, tetapi satu usaha rohani dan fizikal dengan izin Allah bagi memastikan tempat kerja dilindungi daripada unsur negatif dan energi tidak baik.
Kaedah rawatan ini biasanya melibatkan:-
Ruqyah syar’iyyah – bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa khusus.
Penyucian pejabat – penggunaan air ruqyah, garam, lada hitam yang diruqyah.
Pemagaran rohani – bacaan ayat perlindungan di pejabat seperti Surah Al-Baqarah, Ayat Kursi, Al-Mu’awwizat (Al-Falaq & An-Naas).
Pemulihan spiritual pekerja – kadang gangguan bukan pada tempat, tapi pada individu yang bekerja di dalamnya.
Gangguan jin & sihir perniagaan
Ada pesaing yang tidak puas hati dengan owner pejabat menggunakan sihir untuk menjatuhkan bisnes.
Jin pengganggu yang “tinggal” di bangunan lama atau kawasan keras.
Pekerja membawa “energi negatif” dari rumah atau individu lain.
Ketenangan dan keberkatan tempat kerja
Bila pejabat sentiasa dijaga dengan zikir dan bacaan Al-Quran, aura pejabat jadi tenang dan harmoni.
Rezeki lebih mudah masuk sebab keberkatan datang bersama penjagaan spiritual.
Meningkatkan prestasi & semangat staf
Bila tiada gangguan, staf lebih fokus, kurang bergaduh dan lebih ceria dan produktif untuk bekerja.
Pencegahan sebelum gangguan jadi serius
Kadang-kadang pejabat belum diganggu, tapi Perawat Islam akan buat “pagar awal” sebagai langkah berjaga-jaga supaya tempat itu sentiasa dalam perlindungan Allah S.W.T.
Staf selalu mengantuk atau pening kepala bila masuk pejabat.
Ada bau pelik seperti bau busuk, hangus terbakar atau wangi secara tiba-tiba.
Alat elektrik dan elektronik rosak tanpa sebab.
Rezeki atau sales jatuh mendadak walau usaha bertambah.
Rasa seram atau “diperhati” bila seorang diri.
Ada yang mimpi buruk atau nampak bayangan di pejabat.
Kalau tanda-tanda ni muncul, eloklah buat pemeriksaan rohani (ruqyah di lokasi) dan seterusnya Rawatan Pagar Pejabat.
Niat dan doa perlindungan – niatkan rawatan untuk perlindungan di pejabat kerana Allah semata-mata.
Bacaan Surah Al-Baqarah – Rasulullah ﷺ bersabda rumah (atau tempat) yang dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.
Air ruqyah – percikkan di setiap penjuru dan sudut pejabat.
Azan di ruang pejabat – bagi menghalau jin yang bersembunyi.
Pasang zikir dan ayat ruqyah secara berterusan – contohnya di waktu malam atau selepas waktu bekerja.
Doa pagar tempat – mohon Allah jadikan pejabat itu tempat yang diberkati, dijauhi fitnah dan sihir.
Rawatan Pagar Pejabat dalam Rawatan Pengubatan Islam bukan perkara khurafat atau tahyul, tapi satu usaha menghidupkan sunnah ruqyah dan doa perlindungan seperti yang diajar Nabi ﷺ. Dalam dunia perniagaan moden, kita bukan hanya perlu pagar fizikal dan CCTV, tapi juga pagar spiritual untuk menjaga rezeki, hubungan kerja dan keberkatan tempat.
Dengan izin Allah, bila pejabat dijaga dengan zikir dan doa, bukan saja gangguan akan hilang, tapi semangat kerja pun akan meningkat dan rezeki lebih luas.
Untuk makluman, Perawat Islam kami merupakan Pengamal Pengubatan Islam berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.
Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Anda tak perlu risau dan khuatir!
Jangan berlengah lagi! Tempah slot rawatan anda hari ini dengan menekan butang TEMUJANJI di bawah.
Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Pejabat Atau Rawatan Premis Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.
+6011-12762166
(Ustaz Amin)
Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Pejabat Atau RawatanPremis Pada Masa Akan Datang.
© 2025 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara