RAWATAN PAGAR RESTORAN

Bagi usahawan restoran, cabaran untuk menarik pelanggan memang bukan sesuatu yang mudah. Selain kena bersaing dengan restoran lain, ada juga masalah gangguan makhluk halus atau sihir yang ramai tak nampak dengan mata kasar, tapi kesannya sangat besar kepada bisnes.

Kenapa Perlu Rawatan Pagar Restoran?

Dalam pengalaman Perawat Islam, banyak kes pemilik restoran menghadapi masalah pelik seperti:-

  • Pelanggan tak nampak restoran – walaupun signboard besar, lokasi strategik, orang lalu lalang tapi tak singgah.

  • Sales makin merudum – ada masa restoran penuh, tiba-tiba jadi lengang tanpa sebab yang logik.

  • Gangguan misteri – bau busuk tidak diketahui dari mana puncanya, makanan cepat basi, pekerja rasa seram atau ternampak kelibat.

  • Pemilik restoran ditimpa sakit misteri – badan lemah, cepat marah, sakit kepala berpanjangan dan doktor kata kesihatan normal tapi badan rasa tak sihat.

  • Masalah rumahtangga dan keluarga – tiba-tiba suami isteri selalu bergaduh, anak-anak jadi nakal, suasana rumah tangga tak tenteram.

Masalah sebegini biasanya ada kaitan dengan gangguan jin, sihir atau hasad dengki manusia. Sebab itu sangat penting buat Rawatan Pagar Restoran Secara Islamik – ia ibarat letak perisai spiritual untuk lindungi premis, rezeki, pekerja dan keluarga.

Bagaimana Rawatan Pagar Restoran Dilakukan?

Rawatan Pagar Restoran Secara Islamik dilakukan di restoran yang hendak dirawat dengan aturcara seperti berikut:-

  1. Solat Maghrib dan Solat Isyak berjemaah.

  2. Solat Hajat.

  3. Bacaan Yaasin.

  4. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran & doa perlindungan khusus untuk pagar premis.

  5. Bacaan ayat-ayat ruqyah beramai-ramai.

  6. Bacaan zikir dan doa khusus untuk perlindungan dari Allah SWT.

  7. Air ruqyah digunakan untuk direnjis di bahagian dalam restoran dan garam kasar bersama dengan lada hitam untuk di bahagian luar restoran sebagai benteng.

  8. Audit rohani premis – semak barang hiasan, penjuru restoran, bilik pekerja yang mungkin jadi tempat jin bersarang.

Tujuan rawatan bukan sahaja untuk buang gangguan, tetapi juga untuk memagari restoran daripada serangan baru.

Testimonial: Restoran Nasi Campur 

Seorang pelanggan kami, pemilik restoran makanan Melayu, berkongsi pengalaman:-

“Dulu restoran saya orang lalu tak nampak, walaupun tempat strategik. Setiap hari sales makin kurang, pekerja pun selalu sakit-sakit. Saya sendiri kerap pening kepala dan bergaduh dengan isteri.

Selepas buat Rawatan Pagar Restoran secara Islamik, Syukur Alhamdulillah nampak perubahan. Pelanggan mula singgah, sales meningkat semula. Yang paling lega, sakit kepala saya hilang, rumah tangga pun makin tenang dan bahagia. Saya yakin semua ini berkat doa dan Rawatan Pagar Restoran yang dilakukan, dengan izin Allah.”

 

Kesimpulan

Rawatan Pagar Restoran secara Islamik adalah satu ikhtiar spiriual yang sangat penting untuk para usahawan makanan. Rezeki bukan hanya bergantung kepada marketing dan servis, tapi juga pada ketenangan dan keberkatan premis. Bila restoran dilindungi, In Shaa Allah rezeki jadi lebih lancar, pekerja lebih tenang dan pelanggan pun rasa selesa untuk datang menikmati makanan yang disediakan.

Jika restoran anda ada tanda-tanda pelik atau sales merudum tanpa sebab yang munasabah, mungkin sudah sampai masa untuk buat Rawatan Pagar Restoran.

Untuk makluman, pihak kami menyediakan perkhidmatan Rawatan Pagar Restoran ke seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya dengan temujanji sahaja, serta terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Perawat Islam kami merupakan Pengamal Pengubatan Islam berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.

Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Anda tak perlu risau dan khuatir!

Jangan berlengah lagi! Tempah slot rawatan anda hari ini dengan menekan butang TEMUJANJI di bawah

Hubungi Kami

Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Restoran atau Rawatan Premis Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.

E-mail

admin@PerawatIslam2u.com

Media Sosial

Sila KLIK Ikon Di Bawah

HOTLINE | Whatsapp

+6011-12762166
(Ustaz Amin)

Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Pagar Restoran Atau Rawatan Premis Pada Masa Akan Datang.

© 2025 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara